PEMANTAUAN PUSAT SUMBER

SK Perempuan Bandar 19 Mei 2009 - Pusat Sumber sekolah, sekolah ini telah sekali lagi terpilih bagi mengharungi pertandingan Pusat Sumber Sekolah bagi Peringkat Negeri Johor. Seramai 3 orang panel pemantau telah hadir ke sini pada hari ini. Dua orang daripadanya merupakan pegawai kanan dari BTP Johor Baharu manakala seorang lagi adalah Penyelaras PKG JBQ2022 Lelaki Bandar iaitu En. Jamaludin B. Sulong.

Walaupun pada dengan kehadiran yang serba mendadak tanpa utusan dan anginan terlebih dahulu oleh pihak pemantau, PSS SKPB yang diterajui oleh Pn. Padilah Bt. Shahran sentiasa bersiap siaga menyambut kehadiran tetamu tersebut.

Beberapa orang guru pengiring dari sekolah ini telah bersama-sama mengiringi rombongan tersebut. Antara guru-guru yang terlibat adalah Guru Besar sendiri Pn. Mazlin, Pn. Padilah, Pn. Rohani Nan, Pn. Khairun Iznina, En. Abaz dan En. Zahrine.

Sehingga laporan ini ditulis di fahamkan PSS sekolah ini telah memenangi tempat pertama bagi Peringkat Negeri Johor. Tahniah diucapkan...



Photobucket

WAKTU SOLAT

__________________________________________________________________


SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~


__________________________________________________________________