SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1928 di tapaknya yang asal iaitu di tapak Sekolah Agama Gunung Lambak, di Jalan Mersing, sekarang ini. Pada masa itu, bilangan muridnya hanya dalam lingkungan 30 orang, terdiri daripada lelaki dan perempuan.Nama asalnya ketika itu ialah Sekolah Melayu Jalan Mersing.

Pada tahun 1935,murid-murid lelaki telah dipindahkan ke sekolah lain dan yang tinggal hanya murid-murid perempuan sahaja. Empat tahun kemudian (1939),sekolah ini dpindahkan ke Jalan Sekolah ( di tapak SK Lelaki Bandar sekarang ini) kerana wujudnya penempatan orang Melayu di sana sejajar dengan pembinaan Masjid Jamek Kluang sekarang ini. Bilangan murid pada masa itu dianggarkan lebih kurang 220 orang. Namanya ketika itu diubah kepada Sekolah Umum Perempuan Bandar Kluang.

Tidak lama selepas dipindahkan ke tapak baru ini, sekolah ini ditutup kerana perang dunia dan hanya dibuka setelah keadaan aman semula. Selepas dibuka semula, bilangan muridnya meningkat kepada lebih kurang 350 orang.Pada tahun 1956, sekolah ini diubah namanya sekali lagi kepada Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar. Dipercayai mulai tahun itu juga, sekolah ini telah mula menerima kemasukan murid-murid bukan Melayu.

Pada tahun 1980, pada masa Cik Hjh Khadijah Binti Husin menjadi Guru Besar, sekolah ini beralih tempat sekali lagi, kali ini bertukar ganti tempat dan bangunan dengan SK Lelaki Bandar. Semenjak hari itu hingga sekarang, kekallah lokasi sekolah ini di Jalan Esa seperti adanya sekarang ini. Dikatakan sebab utama pertukaran tempat ini dibuat ialah untuk memberi ruang yang lebih luas kepada murd-murid lelaki kerana tapak asal sekolah ini pada ketika itu adalah lebih luas dan mempunyai padang permainan.Bangunan sekolah ini seperti sekarang terdiri daripada 1 bangunan kayu 2 tingkat, 1 blok bangunan 4 tingkat dan 1 blok bangunan 3 tingkat jenis pasang siap. Dari awal hingga sekarang sudah mempunyai 14 orang Guru Besar ( 8 orang daripadanya perempuan). Sekarang sekolah ini diterajui oleh Puan Mazlin Bt. Hj Idris


WAKTU SOLAT

__________________________________________________________________


SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~


__________________________________________________________________