TALKIMAT P1NCH


MAKMAL KOMPUTER SK Perempuan Bandar 2 Julai 2009 - Suatu taklimat berhubung dengan P1NCH telah diadakan di sini pada hari ini. Taklimat yang diberikan oleh PN. HJH. Rokiah Bt. Seruji antara lain memberikan penekanan kepada guru-guru yang terlibat agar menitik beratkan kepada pelajar-pelajar yang dianggap lemah. Guru-guru diharap dapat memberikan komitmen yang lebih sedikit kepada para pelajar ini. Konsep pemulihan harus diterapkan agar pelajar ini tidak keciciran dengan lebih parah berbanding rakan-rakan mereka yang biasa.


Sebelum itu Penyelaras ICT Daerah En. Talib Jemu telah hadir ke sekolah berbincang dengan penyelaras guru bestari En. Zahrine b. Mohd Said berhubung permasalahan makmal komputer dan pusat akses. Beliau juga berjanji permasalahan yang timbul akan cuba diatasi secepat mungkin.

WAKTU SOLAT

__________________________________________________________________


SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~


__________________________________________________________________