PEMANTAUAN PSS PERINGKAT KEBANGSAAN


SK Perempuan Bandar 22 Julai 2009 - Panel pemantau Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) Peringkat Kebangsaan telah hadir ke sini pada hari ini. Panel pemantau seramai 2 orang yang di ketuai oleh En. Hamidi telah selamat sampai ke sekolah ini tepat pukul 9.00 pagi manakala Pn. Akma panel wakil dari Perpustakaan Negara juga turut bersama. Wakil dari Pejabat Pelajaran Kluang iaitu En. Zahar, En. Jalil dan Ustaz Mislan juga turut menyambut kedatangan panel tersebut. Manakalah bagi sambutan pihak sekolah diketuai oleh Pn. Mazlin Bt. Hj. Idris iaitu guru besar sendiri.

Kehadiran disambut dengan tarian zapin kemudiannya dibawa menerawang ke serata pelusuk sekitar sekolah dengan olahan kolaborasi pusat sumber sekolah. Pelbagai wacana persoalan telah dilontar oleh panel berhubung PSS tetapi telah disambut manis dengan jawapan-jawapan yang konkrit.

Jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pertandingan ini. Terutamanya Pn. Padilah Shahran selaku Guru Media serta ajk-ajknya. Semoga sekolah kita mencapai trofi kejohanan yang telah lama diidam-idamkan.


WAKTU SOLAT

__________________________________________________________________


SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~


__________________________________________________________________