MAJLIS RESTU PELAJAR TAHUN 6


Dewan Terbuka SKPB 7 September 2009 - Menjelang peperiksaan UPSR esok, satu majlis restu pelajar-pelajar tahun 6 telah diadakan pada hari ini. Majlis dimulai dengan permohonan maaf para guru ( diwakili oleh Guru Besar )kepada pelajar dan menghalalkan segala ilmu yang telah disampaikan kepada mereka. Pelajar kemudiannya beratur panjang dan bersalaman dengan semua guru. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada semua pelajar tahun 6 sumbangan dari Kedai Buku PIBG.



BACA SETERUSNYA......

SCRAP BOOK PART 2


SK Perempuan Bandar 1 September 2009 - Pertandingan buku scrap kali kedua telah diadakan di sini pada hari ini. Pertandingan bersempena Hari Kemerdekaan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah ini. Pertandingan bermula pada pukul 12 tengahari sehingga selesai sesi persekolahan ini sekaligus mewarnakan aktiviti kokurikulum di sekolah ini. Kemantapan yang tidak mengabaikan ketulusan dan kelembutan guru-guru dalam menjadi pengadil dan pemerhati pertandingan menolak sama sekali arogan yang digemburkan sesetengah pihak terhadap institusi pendidikan khususnya bagi sekolah ini.


BACA SETERUSNYA......

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


Dewan Terbuka SK Perempuan Bandar 18 Ogos 2009 - Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 52 peringkat sekolah telah diadakan di sini pada hari ini. Semua guru telah terlibat secara langsung pada program hari ini. Sambutan Hari Kemerdekaan telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zu Fakri dan ucapan Guru Besar Pn. Mazlin Hj. Idris.

Beberapa aktiviti sempena menyambut Hari Kemerdekaan telah diadakan sebelum ini seperti pertandingan sajak, boria, buku skrap dan pada hari ini pertandingan mewarna telah dilangsungkan sebelum berakhirnya program.


BACA SETERUSNYA......

PEMANTAUAN PSS PERINGKAT KEBANGSAAN


SK Perempuan Bandar 22 Julai 2009 - Panel pemantau Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) Peringkat Kebangsaan telah hadir ke sini pada hari ini. Panel pemantau seramai 2 orang yang di ketuai oleh En. Hamidi telah selamat sampai ke sekolah ini tepat pukul 9.00 pagi manakala Pn. Akma panel wakil dari Perpustakaan Negara juga turut bersama. Wakil dari Pejabat Pelajaran Kluang iaitu En. Zahar, En. Jalil dan Ustaz Mislan juga turut menyambut kedatangan panel tersebut. Manakalah bagi sambutan pihak sekolah diketuai oleh Pn. Mazlin Bt. Hj. Idris iaitu guru besar sendiri.

Kehadiran disambut dengan tarian zapin kemudiannya dibawa menerawang ke serata pelusuk sekitar sekolah dengan olahan kolaborasi pusat sumber sekolah. Pelbagai wacana persoalan telah dilontar oleh panel berhubung PSS tetapi telah disambut manis dengan jawapan-jawapan yang konkrit.

Jutaan terima kasih kepada semua yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pertandingan ini. Terutamanya Pn. Padilah Shahran selaku Guru Media serta ajk-ajknya. Semoga sekolah kita mencapai trofi kejohanan yang telah lama diidam-idamkan.


BACA SETERUSNYA......

WAKTU SOLAT

__________________________________________________________________


SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~


__________________________________________________________________