LAWATAN DARI SEKOLAH SERI TELOK

SK Perempuan Bandar 23 Mei 2009 - Sekolah ini telah dilawati oleh rombongan seramai 67 orang guru dan kakitangan dari sekolah Seri Telok, Batu Pahat.Tujuan utama lawatan yang diadakan adalah bagi melihat sendiri bagimana pengurusan SPBT sekolah ini yang telah mencapai keputusan gemilang kerana menjadi JUARA di Peringkat Kebbangsaan.

Selain mempelajari teknik dan persiapan SPBT, rombongan ini juga telah melawat beberapa bilik khas seperti Pusat Sumber, Pusat Akses, Bilik Pameran, Makmal Komputer, Taman Herba dan sekitar perkarangan sekolah ini.

Pujian demi pujian telah diberikan kepada sekolah ini. Komitmen yang ditunjukkan oleh para guru sekolah ini ketika meraikan rombongan tersebut sememangnya tiada kompromi dari segi ketulusan, kepimpinan, kecekapan dan keperihatinan. Walaupun terpaksa berkorban masa kerana secara kebetulan hari ini adalah hari Sabtu tetapi ketulusan hati guru-guru sekolah ini mengamit perasaan terharu berkerja lebih masa walaupun tiada bayaran tambahan. Tahniah diucapkan kepada para guru semua, semoga pengorbanan ini akan dibalas oleh yang Maha Esa.


Photobucket

WAKTU SOLAT

__________________________________________________________________


SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~


__________________________________________________________________