PPD SHORT CIRCUIT
PPD KLUANG 10 SEPTEMBER 2009 - Tepat pukul 7.10 pagi satu percikkan api dari lampu jalan 'street lighting' dihadapan PPD telah mengalami litar pintas atau 'short circuit'. Kejadian ini telah disedari oleh beberapa orang guru SKPB yang secara kebetulan berada di tingkat dua (pejabat sekolah) akibat mendengar letupan pada lampu tersebut.
Kejadian telah dilaporkan kepada Guru Besar yang kemudiannya mengarahkan webmaster menghubungi pihak TNB dan BOMBA. Kebakaran dapat dipadamkan kira-kira 40minit kemudian. Kejadian ini telah menyebabkan peperiksaan UPSR di sekolah ini ditunda masanya kerana terpaksa memindahkan kawasan peperiksaan pelajar dari Dewan Warisan ke Dewan Terbuka kerana ketiadaan elektrik hasil kejadian litar pintas tersebut. Semua guru sekolah ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan bersama-sama membantu mengalihkan meja dan kerusi peperiksaan pelajar. Tuan PPD berserta beberapa orang pegawainya turut serta meninjau 'perpindahan' tersebut.
Peristiwa ini telah merakamkan sejarahnya yang tersendiri kerana ini merupakan peristiwa pertama 'penghijrahan' pelajar UPSR semenjak 81 tahun sekolah ini dibuka. Semoga 'penghijrahan' ini juga memberikan impak yang positif terhadap hasil keputusan UPSR sekolah ini nanti...insyaalah