KUIZ PEND. KESIHATAN ( P.K )

SK Seri Kenanga, Air Hitam 27 Mei 2009 - Pertandingan Kuiz Pendidikan Kesihatan telah diadakan di sini pada hari ini. Sebanyak 28 buah sekolah telah mengambil bahagian tidak terkecuali dengan SK Perempuan Bandar. Setiap sekolah telah diwakili dengan 4 orang perserta. Sekolah kita telah diwakili oleh adik Auni, Amirah, Nurlisa dan adik Hamizah keempat-empat perserta kita adalah dari kelas 6 Zamrud


Bertolak dari sekolah pada pukul 7.30 pagi dan dijangka mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai di sana. Tetapi perjalanan terpaksa mengambil tempoh yang agak lama kerana 'sesat'. Guru pengiring iaitu webmaster sendiri telah kehilangan arah dan punca mengakibatkan pertanyaan dengan 4 orang pendudukan tempatan sendiri tidak tahu di mana sekolah Seri Kenanga.

Walaupun begitu akhirnya sampai juga setelah mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Keputusan pertandingan, sekolah kita tidak berjaya bagi pusingan seterusnya. Justeru itu persiapan mantap akan dijalankan untuk tahun hadapan. Pengalaman yang sungguh unik ini tidak akan dilupakan.

Photobucket

WAKTU SOLAT

__________________________________________________________________


SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~


__________________________________________________________________